Connect with us

Terkini

Pegawai KBS ditangkap polis akan digantung tugas

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang ditahan polis dalam serbuan awal pagi tadi akan digantung tugas sehingga siasatan kes tersebut dimuktamadkan.

Beliau menegaskan, semua rakyat Malaysia tertakluk kepada undang-undang tanpa mengira jawatan dan status mereka.

“Saya dimaklumkan berkenaan penahanan beberapa individu termasuk pegawai KBS oleh pihak polis awal pagi tadi.

“Susulan itu, saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak mengikut prinsip keluhuran undang-undang. Saya juga akan menggantung tugas pegawai yang terlibat sementara menanti siasatan dimuktamadkan

Advertisement

“Rakyat Malaysia tertakluk kepada undang-undang negara tanpa mengira jawatan dan status,” katanya.

Polis setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kes tersebut dan dijangka Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador akan memberi penjelasan lanjut pada sidang media petang ini.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel