Connect with us

Pilihan Editor

Dikepung ‘gengster’, Syed Saddiq terpaksa lompat pagar demi selamat diri

Semalam Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mendedahkan di laman Instagram milik beliau menyatakan bahawa beliau telah diserang oleh sekumpulan individu dengan anggaran seramai 200 orang ketika sedang berkumpul dengan Armada Johor untuk duduk dan sembang santai bersama.

Loading…

Menurut Syed Saddiq, dia bersama yang lain dikepung, berdiri sekeliling sambil memakai serba hitam. Tambahnya, kumpulan berkenaan mengepung lalu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap beliau dan Armada Johor. Dakwanya lagi, ibubapanya menjadi saksi kepada insiden berkenaan.

“Malam ini diganggu sekumpulan individu (sekitar 200 orang) yang datang tidak dijemput. Mereka semua berdiri keliling berpakaian hitam datang ke majlis kami. Gengster dan tidak hormat orang.

“Mereka semua berdiri mengepung tempat makan kami, sergah dan langgar semua tetamu yang hadir. Mereka laung dan pekik macam-macam kata-kata kesat, ibu bapa saya juga jadi saksi malam ini.” katanya lagi.

Advertisement

Ada diantara kumpulan berkenaan meminta Syed Saddiq minta maaf kepada TMJ sekiranya mahu selamat. Turut menambah, beliau serta beberapa lagi ahli Armada, YB Rafiq dan YB Mazlan terpaksa melarikan diri menggunakan jalan tikus serta melompat pagar.

“Ini apa? ada anak-anak kecil, wanita dalam majlis. Paling teruk mereka sergah supaya menteri minta maaf kepada TMJ (Tunku Mahkota Johor) kalau mahu pulang dari majlis. Apa yang berlaku saya pun tidak tahu. Yang saya tahu ini biadab dan kurang ajar. Apa salah saya? Saya berkhidmat untuk rakyat,” katanya menerusi kenyataan berkenaan.

Syed Saddiq berkata, keadaan berkenaan turut mengakibatkan dirinya terpaksa keluar melalui jalan belakang resort berkenaan kerana bimbang keselamatan diri.

“Lebih teruk, keselamatan semua yang hadir. Bayangkan dikepung lebih 200 individu lagak seperti gengster. Saya sendiri, YB Rafiq, YB Mazlan dan lain terpaksa lari guna jalan tikus dan lompat pagar. Lari seperti orang salah.

Beliau turut menegaskan, beliau tidak akan memaafkan tindakan individu berkenaan dan mengingatkan kepada mereka yang dalang kepada insiden ini bahawa negara ini punya undang-undang. Tambahnya lagi, tiada siapa yang lebih tinggi dari perlembagaan.

Advertisement

“Terima kasih Armada Johor, terima kasih Bersatu Johor. Malam ini adalah malam keluarga Armada dan Bersatu. Saya tidak akan maafkan kumpulan yang biadab ini,” katanya.

Sumber: Instagram Syed Saddiq

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel