Connect with us

Pilihan Editor

Agong lantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri interim, selepas menerima peletakan jawatannya hari ini.

Loading…

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata: “(Seri Paduka) Baginda berkenan untuk melantik YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.”

Dalam kenyataan tiga perenggan itu, Mohd Zuki berkata dalam tempoh ini, Dr Mahathir akan menguruskan pentadbiran negara sehingga perdana menteri baharu dilantik dan Kabinet dibentuk.

Pejabat Perdana Menteri mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri ketujuh hari ini dan surat kepada Yang di-Pertuan Agong dihantar pada 1 tengah hari.

Advertisement

 Dr Mahathir turut meletak jawatan sebagai pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini. Bersatu juga telah keluar daripada gabungan PH.

Negarawan berusia 94 tahun itu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh negara pada 10 Mei, 2018, selepas menerajui Pakatan Harapan (PH) untuk menjatuhkan apa yang beliau gelar sebagai kerajaan kleptokratik.

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel