Connect with us

Pilihan Editor

Perbincangan tertutup di rumah Tun Mahathir

Kepemimpinan utama PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dikatakan mengadakan pertemuan tertutup dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, pagi ini, lapor BH Online.

Loading…

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu difahamkan tiba di kediaman Perdana Menteri di sini, kira-kira 11 pagi tadi.

Pertemuan tertutup itu dipercayai bagi membincangkan keadaan terkini politik negara, susulan spekulasi wujud gabungan baru Kerajaan Pusat.

Ketika ini, pekarangan kediaman Dr Mahathir dikawal rapi pasukan polis yang ditempatkan di semua pintu masuk, selain petugas media tidak dibenarkan masuk ke rumah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel