Connect with us

Pilihan Editor

Tun Dr Mahathir tiba di Istana Negara

Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Istana Negara dipercayai bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Dr Mahathir tiba pada 4.45 petang menaiki kenderaan Proton Perdana diiringi oleh polis pengiring.

Loading…

Dr Mahathir hari ini membuat kejutan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Perkembangan tersebut merupakan rentetan beberapa pemimpin daripada Bersatu, PKR, UMNO, PAS, Gabungan Parti Sarawak dan Warisan yang masing-masing mengadakan mesyuarat secara berasingan di ibu negara dan Petaling Jaya semalam.

Advertisement

Ia kemudian diikuti dengan beberapa pemimpin utama pelbagai parti politik kerajaan dan pembangkang hadir dalam satu mesyuarat khas dan tertutup di sebuah hotel di Petaling Jaya, sehingga mencetuskan tanda tanya tentang tujuan mesyuarat itu diadakan. 

Timbul spekulasi bahawa semua mesyuarat yang berlangsung semalam ada kaitan dengan pengaturan semula landskap politik negara.

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel