Connect with us

Pilihan Editor

Tun M cuba sedaya upaya usahakan pemerintahan tak memihak mana-mana parti

Tun Dr Mahathir Mohamad akan cuba bawa pemerintahan negara yang tidak memihak kepada mana-mana parti, dengan hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan.

“…. Politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti.

Loading…

“Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan,” kata Perdana Menteri interim dalam perutusan khasnya yang disiarkan secara langsung.

Politik, orang politik dan parti politik terlalu utamakan politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara, kata Dr Mahathir.

Advertisement

Ini adalah kenyataan umumnya yang pertama selepas ‘senyap’ susulan perkembangan politik tanah air hujung minggu lepas dan kemudian meletakkan jawatan perdana menteri pada Isnin. 

Kali terakhir kenyataan dikeluarkan selepas Dr Mahathir mempengerusikan mesyuarat  Majlis Presiden Pakatan Harapan di Putrajaya Jumaat lepas.

Mengenai pendekatan baharunya mengenai pemerintahan negara yang menjurus kepada tidak memihak kepada mana-mana parti, Dr Mahathir berkata: “Jika diizin inilah yang akan saya cuba. Saya berdoa dan saya pohon kepada Allah SWT saya diberi petunjuk dalam usaha ini,”.

Sebagai latar belakang, ramai beranggapan bahawa soal-soal berkaitan politik terlalu mendominasi negara tanpa mengira masa walaupun di luar musim pilihan raya umpamanya, berbanding banyak negara lain.

Ini memberi gambaran seolah-olah mereka terlalu taksub dengan hal-hal politik sehinggakan segala perkara mahu ‘dipolitikkan’ di sebalik negara menghadapi pelbagai cabaran termasuk dalam bidang ekonomi dan soal kesihatan ketika ini.

Advertisement

Dr Mahathir memulakan perutusannya yang ditujukan kepada rakyat di seluruh negara dengan memohon maaf kepada mereka kerana keadaan politik negara yang agak kucar-kacir dan mungkin menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu pada Isnin mengejutkan semua pihak berikutan sebelum ini beliau berulang kali menyatakan mahu kekal sebagai PM sehingga selepas Malaysia menjadi tuan rumah mesyuarat APEC pada November.

Ini rentetan berlangsungnya mesyuarat-mesyuarat politik di ibu negara dan Petaling Jaya yang dikaitkan dengan desas-desus cubaan untuk membentuk gabungan baharu bagi membentuk kerajaan pusat.

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel