Connect with us

Pilihan Editor

Dr Zulkifli mufti pertama dilantik sebagai menteri

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri muncul sebagai mufti pertama di negara ini dilantik menganggotai barisan jemaah Kabinet.

Loading…

Agamawan kelahiran Terengganu itu akan menganggotai barisan Kabinet sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan barisan anggota Kabinet baharu di bawah pentadbiran beliau.

Menurut Muhyiddin, Dr Zulkifli terlebih dahulu akan dilantik sebagai Senator bagi membolehkan beliau memegang jawatan itu.

Advertisement

Terdahulu pada 3 Mac lalu, Zulkifli membuat kunjungan hormat kepada Muhyiddin di pejabatnya.

Dalam pertemuan itu, beliau turut menyerahkan buku tulisannya berjudul Bayan Linnas (penjelasan isu-isu semasa) dan buku Matla’ al-Badrain karya Syeikh Muhammad Daud Al-Fatani.

Zulkifli turut memimpin bacaan doa sebelum mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri. – Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel