Connect with us

Mahkamah

Walau Sudah Minta Maaf, Suharnizan Tetap Teruskan Saman Eira Aziera

Pesuruhjaya Sumpah, Suharnizan Md Sidek tetap dengan keputusan untuk mengambil tindakan saman sivil terhadap Noorazira Pissal atau lebih dikenali sebagai Eira Aziera, 37, walaupun personaliti media sosial itu sudah memohon maaf kerana menghinanya dalam media sosial.

Peguam Suharnizan, Mohd Rasheed Hassan berkata, tindakan undang-undang diambil bertujuan memberi pengajaran terhadap Eira Aziera kerana isu body shaming boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



Beliau berkata, perkara tersebut perlu dijadikan pengajaran terutama kepada semua pihak dalam media sosial bahawa mereka masih terikat dengan undang-undang dan tidak bebas untuk bercakap sesuka hati.

“Perkara ini memberi kesan kepada mangsa (Suharnizan). Memang nampak dia (Eira Aziera) ada buat permohonan maaf melalui Facebook, tapi saya rasa makian yang dibuat pada klien saya adalah selama lebih lapan minit.

Advertisement

“Kalau dia nak minta maaf, kita akan sediakan skripnya termasuk pengakuan tidak akan buat lagi, tidak akan mengatakan benda negatif terhadap klien kami, tuntutan ganti rugi dan sebagainya,” lapor Sinar Harian.


Baca: Influencer Mengaku Gagal Kawal Emosi, Amarah Tampil Buat Permohonan Maaf Kepada Restoran 35 Dan Pemilik Akaun Facebook

Terdahulu, Suharnizan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, susulan video tular isu ‘body shaming’ yang menerusi FB secara langsung dari seorang personaliti media sosial.

Insiden berlaku pada 18 Ogos lalu kira-kira jam 10 pagi, dipercayai bermula apabila dia menulis komen ‘live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?’ menerusi video secara ‘live’ yang dikongsikan rakannya di FB.

Tonton: Eira Aziera Tampil Buat Permohonan Maaf

Advertisement

Kemudiannya, personaliti terbabit mengeluarkan kata-kata kesat termasuk memaparkan gambar dan anaknya tanpa pengetahuan serta kebenaran selepas dia meninggalkan komen di ruangan komen personaliti terbabit di media sosial.

Pada 14 September, pihak Suharnizan dimaklumkan terdapat satu paparan video yang dimuatnaik dan dikongsikan di media sosial oleh pentadbir laman FB yang menggunakan nama ‘Makcik Bawang Channel’ dan ‘Makcik Kiah Channel’ dengan kandungan video selama lapan minit memaparkan antara lain menghina rupa fizikalnya sehingga tular mencapai ribuan pautan serta komen.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel