Connect with us

Pilihan Editor

Yang Dipertua Negeri Sabah Minta Tempoh Tentukan Ketua Menteri – Bung Moktar

KOTA KINABALU – Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin meminta tempoh bagi menentukan siapa Ketua Menteri Sabah yang baharu, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

“Secepat yang mungkin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika ditanya bila nama Ketua Menteri Sabah yang baharu akan diumum.



Terdahulu, beliau bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Hajiji Noor, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah Datuk Jahid Jahim mengadakan pertemuan selama lebih sejam dengan Juhar di Istana Negeri di sini.

Jahid, ketika ditanya mengenai pertemuan dengan Juhar, hanya menjawab “satu perbincangan yang baik” manakala Hajiji dan Jeffrey enggan mengulas.

Advertisement


Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 semalam.

GRS mendapat 38 kerusi, kelebihan satu kerusi daripada majoriti mudah 37 kerusi di Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 73 kerusi sekarang.

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel