Connect with us

Terkini

‘Berpanas Berhujan Berniaga, Ditengking Bangla’ – Ini Respon Tenang Boss Susu Tentang Isu Pemilikan Saham Farm Fresh Dan Juga BMF

Tular baru-baru ini perkongsian daripada seorang pengguna Facebook mendakwa jenama produk tenusu popular iaitu Farm Fresh bukanlah produk Melayu malah mengaitkannya dengan gerakan Buy Muslim First (BMF).

Dia mendakwa, Encik Azmi Zainal atau lebih dikenali sebagai Bos Susu sebenarnya hanya mempunyai 1.3% saham sahaja, jumlah yang sangat kecil.



Pendedahan ini ternyata telah menarik perhatian ramai netizen memandangkan Bos Susu mempunyai peminat tersendiri semenjak muncul sebagai penaja Gegar Vaganza selama dua musim.

Terbaru, Bos Susu telah tampil memberi penjelasan lanjut mengenai dakwaan yang dibuat individu tersebut.

Advertisement

Menerusi perkongsian tersebut, beliau mengakui sememangnya memegang jumlah saham yang kecil. Bagi seseorang yang pernah jatuh dalam bisnes dan berniaga di pasar malam, mana mungkin beliau mempunyai banyak wang untuk memiliki saham yang besar.


Namun selepas usaha keras selama bertahun-tahun, nilai syarikat telah melonjak berlipat kali ganda menyebabkan nilai yang kecil itu menjadi banyak juta. Walau bagaimanapun, baginya kejayaan terbesar adalah menyediakan peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

Pada tahun 2016, mereka bertindak secara agresif dengan meningkatkan pengeluaran dan mencetuskan program micropenuer yang dipanggil Home Dealer. Beliau berniat untuk membantu suri rumah menjana pendapatan tambahan untuk membantu keluarga.

Tambahnya lagi, beliau berbangga kerana dapat membantu golongan B40 meningkatkan pendapatan melalui jualan susu. Dia turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang terus menyokongnya selama ini.

Kredit: Azmi Zainal

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel