Connect with us

Terkini

‘Nak Ternak Ayam Duduk Kampung’ – Lelaki Kena Denda Ternak Ayam Di Kawasan Perumahan

Majlis Pembandaran Kuantan (MPK) menyerbu sebuah rumah di Kuantan, Pahanag selepas didapati menternak ayam di kawasan perumahan.

Pihak berkuasa menerima aduan daripada jiran tetangga yang memaklumkan pemilik kediaman menjadikan laman tepi rumah mereka sebagai kawasan penternakan ayam.

Operasi dilaksanakan atas aduan orang ramai terhadap penduduk di Perumahan Bandar Putra yang menternak ayam dalam kawasan perumahan. Memelihara atau menternak di kawasan perumahan merupakan satu kesalahan kerana melibatkan kesihatan awam dan kebersihan.



Menurut Majlis Bandaraya Kuantan, menternak binatang seperti ayam atau itik di halaman rumah adalah tidak dibenarkan memandangkan ianya boleh melibatkan kesihatan awam dan kebersihan.

Advertisement

Memelihara atau menternak di kawasan perumahan merupakan satu kesalahan kerana melibatkan kesihatan awam dan kebersihan. Boleh bayangkan bagaimana penduduk terpaksa menghidu bau busuk dan lalat kerana tindakan tidak sensitif kepada jiran tetangga itu.

KRT perlu memainkan peranan lebih besar memberi maklumat kepada MBK sekiranya terdapat aktiviti sebegini di kawasan perumahan dan menjadi komuniti bandaraya yang prihatin.

Dalam foto dikongsikan, kelihatan pemilik rumah berkenaan mendirikan reban ayam yang agak besar memandangkan kawasan tepi rumahnya yang luas. Dalam serbuan itu, pihak Majlis Pembandaran Kuantan (MPK) telah menangkap beberapa ekor ayam yang dipelihara oleh pemilik kediaman tersebut.

Rata-rata di ruangan komen tidak setuju dengan tindakan tersebut yang dilihat sangat pentingkan diri sendiri. Tak kurang juga yang merasakan rumah berkenaan seperti berada di kampung.

 

Advertisement

Sumber : Majlis Bandaraya Kuantan

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel