Connect with us

Terkini

Giliran Polis Bukit Aman Pula Kena Saman, No. Plat “Fancy” & Ubah Suai Ekzos Antara Kesalahan Dikesan

Satu OP Khas (Pemeriksaan Kenderaan) secara mengejut dijalankan di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pagi tadi.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan, ia dijalankan berikutan timbul isu penguatkuasaan dan tindakan saman terhadap pesalah lalu-lintas yang didakwa hanya kes ‘terpilih’ dan melibatkan orang awam semata-mata.



“(Sebaliknya) PDRM khususnya JSPT ingin menegaskan tindakan penguatkuasan yang dilakukan adalah secara menyeluruh dan pegawai, anggota serta pegawai awam di bawah PDRM juga tidak terkecuali.

“Objektif utama operasi adalah untuk memeriksa kenderaan yang digunakan oleh warga kerja PDRM yang tidak mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya terutama pada mereka yang mengubahsuai kenderaan dan menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’,” maklumnya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Seramai 15 pegawai dan aggota JSPT terlibat dalam operasi mengejut tersebut, turut sama ialah lima pegawai Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) serta seorang pegawai dan empat aggota Jabatan Alam Sekitar.

“Sebanyak 280 kenderaan telah diperiksa, di mana hasil operasi ini berjaya mengeluarkan 146 jumlah saman ke atas pelbagai kesalahan seperti nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi (fancy), tiada cermin sisi, tiada cukai jalan dan ubah suai ekzos.

“PDRM kekal tegas dalam memastikan pegawai dan anggotanya sentiasa patuh dan mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya, supaya dapat menjadi teladan kepada masyarakat amnya,” tambah kenyataan itu lagi.

Sumber: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

 

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel