Friday, December 05, 2025

Didakwa Langgar SOP, Polis Panggil Datuk Awie Untuk Diambil Keterangan

May 9, 2021
1 min read

Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie telah dipanggil untuk diambil keterangan selepas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam satu majlis.

Memetik laporan Harian Metro, sebelum ini tular di media sosial video berdurasi kurang seminit memaparkan Awie dan beberapa individu tidak memakai pelitup muka dalam satu majlis.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata bahawa pihak mereka telah menerima laporan polis tengah hari tadi tentang pelanggaran SOP berkenaan ketika menjalayakan majlis misi kemanusiaan.

Penganjur dan juga beberapa individu yang turut terbabit akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

“Kesemua yang terbabit dalam kes ini termasuk penganjur program akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk diambil keterangan.”

“Siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera dan akan dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri untuk sebarang keputusan.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Pemulihan) No. 3, 2021.

Sumber: Harian Metro

HANGAT MINGGU INI

Datuk Awie Tampil Dengan Gaya Rambut Baru Kerana Kecewa Dengan Keadaan Dunia

Penyanyi rock terkenal, Datuk Awie baru-baru ini menjadi perhatian ramai apabila berkongsi

Pengurus Pusat Hiburan Dan Tujuh Pelanggan Dikompaun Ingkar SOP

Seorang pengurus pusat hiburan dan tujuh pelanggannya dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 dalam