Connect with us

Global

Wanita Dedah Suami Jalin Hubungan Dengan Mak Mentua Sendiri Hingga Hamil

Diluah mati emak, ditelan mati bapa! Seorang wanita buntu apabila mengetahui suaminya menjalin hubungan sulit dengan ibu kandungnya sendiri. Walaupun sukar untuk dipercayai, namun itulah hakikat sebenar yang berlaku kepada wanita ini.

Kisah yang dikongsikan menerusi live video Syed Azmi di Facebook ini menarik perhatian ramai yang rata-rata terkejut dengan pendedahan wanita ini. Dakwa wanita ini, dia tiada tempat untuk berkongsikan masalahnya kerana dugaan yang dihadapi olehnya begitu berat sekali.



“Assalam Tuan Syed. suami saya ada hubungan sulit dengan ibu kandung saya. Mereka pernah bersama bersetubuh. Dah ibu saya pernah mengandung anak suami saya. Tp gugur di awal kandungan. Ibu sy umur 50 tahun. Bnyk kali dah kali bergaduh mengenai hal ini. Klw kira kemaafan dah berpuluh kali sy maafkan. Konon dah x buat lg. Ngis depan sngt konon bertaubat. Sampai satu tahap 2 bulan lps nekad sy mintak dia ceraikan saya. Dia xnk ceraikan saya. Saya xnak hidup dengan kebencian . saya xnk jd isteri derhaka. Lebih baik saya berundur. Bukan skli dia tipu saya.”

“Ibu saya pulak last 2 month sy ckp sy mintak cerai. Ibu ckp mmg ptt lar apa lar. Dia advice kononnya. Tp rupanya semua munafik. Penipu.”

Advertisement

“Klw lar tue bukan ibu sy mmg sy dah maki hamun. Tp sy tahan saya tahan sakit nie.”

Menurut wanita berkenaan, suaminya berlaku curang bersama ibu kandungnya sendiri. Walaupun masih mempunyai ayah namun ayahnya sendiri tidak dapat berbuat apa kerana ingin menjaga hati dan perasaan anaknya itu.

“Saya ada tiga orang anak. Benda ni berlaku semasa saya pregnant anak kedua. Sekarang anak kedua saya dah tujuh tahun.”

Perkara ini mula diketahui olehnya ketika dia sedang mengandungkan anaknya yang kedua. Namun ketika dia bersalinkan anaknya itu, wanita tersebut sudah mengetahui sedikit demi sedikit apabila dia mendengar perbualan ibu dan suaminya itu.

Perbalahan antara mereka berpunca apabila suaminya ingin memberitahu perkara sebenar kepada dirinya namun dihalang oleh ibu kandung sendiri.

Advertisement

Selepas bersalin, wanita itu terjumpa sepucuk surat di dalam rumahnya. Surat berkenaan mengandungi luahan suaminya yang mengakui mempunyai hubungan bersama ibunya. Ketika itu, suaminya meninggalkan dirinya bersama anak yang baru lahir dan dia terpaksa mengambil keputusan untuk berpantang di rumah keluarganya.

Ketika suaminya ingin menjemput isteri untuk pulang ke rumah sendiri, ibu dan suaminya bergaduh dan di dalam pergaduhan itu, ibunya mengatakan yang mereka pernah ‘bersama’.

Lebih mengejutkan ibunya pernah menggugurkan kandungan hasil daripada hubungan mereka dan wanita itu mengetahui perkara berkenaan melalui panggilan telefon daripada ayahnya.

Selepas kejadian berkenaan, dia bersama suami serta anak-anaknya berpindah ke Perak. Wanita terbabit nekad untuk bekerja demi menyara anaknya dan ketika itu dia telah memaafkan kesalahan suaminya itu.

“Saya maafkan sebab saya fikir saya tak ada kekuatan, anak saya kecil lagi. Takkan saya nak biarkan anak saya dengan saya tak ada kerja tetap.”

Advertisement

Kisah peritnya tidak terhenti di situ apabila dia mendapat tahu bahawa suaminya masih berhubung dengan mak mentua lagi. Walaupun sudah berjanji untuk berubah namun janji hanya tinggal janji apabila wanita itu melihat perbualan di antara mereka.

“Lama-kelamaan bila kantoi tu saya jadi tawar hati. Bayangkan mereka buat hubungan bersama, bila dia nak bersama dengan kita, ada satu perasaan benci sebab saya teringat.”

Dia juga mengatakan dia pergi ke Pejabat Agama Islam bagi mendapatkan kaunseling mengenai masalah yang dihadapi dan pihak berkenaan telah memberikan nasihat yang sepatutnya. Namun dia masih mempertahankan rumah tangganya kerana memikirkan nasib anak-anaknya.

Sumber : Syed Azmi, Ohbulan

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel