Connect with us

Global

[VIDEO] Pasangan OKU Hanya Mampu Buka Saluran Youtube Untuk Jana Pendapatan Kerana Halangan Fizikal

Halangan dari segi fizikal tidak memutuskan semangat pasangan kelainan upaya (OKU) Fatima dan Aijaz untuk terus mencari rezeki.

Berbekalkan semangat kental dan gajet yang mereka ada, pasangan ini membuka saluran Youtube untuk berkongsi kisah kehidupan mereka sehari-hari.



Kisah pasangan ini telah dikongsikan seorang individu bernama Umar di Twitter.

“Fatima dan Aijaz merupakan pasangan OKU yang berani. Mereka memulakan saluran Youtube kerana mereka tak mampu buat pekerjaan lain. Mari kita naikkan semangat dan sokong saluran mereka,” tulis Umar.

Advertisement


Hanya dalam tempoh yang singkat, saluran pasangan itu telah mendapat lebih 73 ribu subscriber sejak ia dibuka beberapa minggu lalu.

Antara video dikongsikan ialah rutin di mana Fatima memasak menggunakan dapur di atas lantai sambil ditemani suaminya yang sedang merakam Vlog untuk channel mereka.

Dengan alatan yang terhad, kesungguhan pasangan ini untuk berikhtiar mencari rezeki telah membuatkan orang ramai kagum dengan mereka.

Advertisement

Sumber: Fatima Aijaz LifeUmar

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel