Connect with us

Terkini

Solat Sunat Aidilfitri Dibenarkan, Kehadiran Jemaah Ditetapkan Tak Lebih 20 & 50 Orang Ikut Saiz Surau & Masjid

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan bahawa solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan.

Pun begitu, kehadiran jemaah mestilah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah dan 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1, 000 jemaah.



Had bilangan jemaah itu juga sama terpakai bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat.

Tidak cuma itu, operasi rumah ibadah bukan islam juga akan diperketatkan.

Advertisement

Langkah-langkah ini dilaksanakan susulan daripada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan dilaksanakan di seluruh negara bermula 12 Mei hingga 7 Jun 2021.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi kenyataan media mengingatkan  bahawa gelombang ketiga yang sedang dihadapi pada ketika ini lebih ganas dan kritikal. Justeru, orang ramai dinasihatkan agar menghadapinya dengan penuh disiplin.

Sebelum ini, mengikut SOP Aidilfitri oleh MKN solat sunat Aidilfitri adalah dibenarkan mengikut ketetapan pihak berkuasa negeri masing-masing bagi kawasan PKP, PKPB dan PKPP.

Manakala solat sunat hari raya di kawasan PKPD adalah tidak dibenarkan.

Pada tahun lepas, hari lebaran turut menyaksikan umat Islam digalakkan menunaikan ibadat solat sunat hari raya di rumah masing-masing bersama keluarga gara-gara Covid-19.

Advertisement

Malah ada jabatan agama negeri yang mengeluarkan panduan bagi memudahkan pelaksanaan ibadat sunat di pagi raya itu dalam kalangan masyarakat.

Umat Islam dijangka akan menyambut hari raya Aidilfitri pada 13 Mei 2021 (Khamis).

Pun begitu ia perlulah melalui pengisytiharaan rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

 

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel