Connect with us

Terkini

Ziarah Raya Rumah Ke Rumah, Ziarah Kubur Semasa Aidilfitri Tidak Dibenarkan – PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi memaklumkan bahawa aktiviti ziarah dari rumah ke rumah dan ziarah kubur tidak dibenarkan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Beliau memaklumkan mengenai perkara tersebut menerusi kenyataan media yang dikongsikan di Facebook rasmi miliknya.



Dalam pada itu, beliau juga mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di seluruh negara bermula 12 Mei ini.

Ini bermakna, larangan rentas daerah dan rentas negeri turut dikuatkuasakan di seluruh negara kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh.

Advertisement

Menurut kenyataan media, penguatkuasaan PKP perlu dilakukan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dalam masyarakat dan menghalang kenaikan kes secara mendadak.

Sumber: Muhyiddin Yassin

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel