Connect with us

Terkini

Ziarah Suami Di SJR, Isteri Anggota Polis Dikompaun

Sebelum ini tular di media sosial melibatkan sebuah keluarga yang didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan isteri membawa anak-anak melawat suami yang sedang bertugas di sekatan jalan raya (SJR).

Terkini memetik Harian Metro, isteri kepada anggota polis yang tular di media sosial kerana menziarah suaminya di sekatan jalan raya (SJR) Persiaran Selatan hala keluar ke Dengkil, Putrajaya dikompaun RM2,000 semalam.


Advertisement

Ini kerana isteri anggota terbabit telah didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pada awalnya, perbuatan tersebut dilihat sebagai satu tanggungjawab isteri untuk memberi sokongan moral kepada suami yang sedang bertugas dengan menghantar juadah di pagi raya.

“Namun, kepentingan awam adalah melebihi kepentingan individu, justeru kompaun dikeluarkan kepada isteri anggota tersebut di bawah Peraturan 21 (PU A 225/20212) Ziarah Hari Raya Aidilfitri (No 21 Kesalahan-Kesalahan lain yang diperuntukkan dalam SOP yang dikeluarkan oleh MKN) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” kata Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Fadzil berkata, bagi dakwaan menaiki kenderaan melebihi had tiga orang untuk sebuah kenderaan, tiada kompaun yang dikeluarkan kerana mereka menaiki dua buah kenderaan berbeza.

“Siasatan lanjut telah dijalankan dan hasil siasatan mendapati anggota tersebut dan keluarganya tinggal di dalam daerah Putrajaya.

Advertisement

“Isteri dan anak-anak anggota tersebut telah datang menaiki dua buah kenderaan yang berbeza untuk singgah sebentar bagi menyerahkan juadah Hari Raya Aidilfitri kerana suami bertugas pada pagi hari raya tersebut,” jelasnya.

Sementara itu, Mohd. Fadzil berkata, polis tidak berkompromi sekiranya wujud sebarang pelanggaran SOP PKP dan akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira sama ada orang awam mahu pun anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri.

Sumber: Harian Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel