Connect with us

Global

Lelaki Nyaris Temui Ajal Ditelan Paus Hidup-Hidup Ketika Menyelam Cari Udang Kara

Seorang pemburu udang kara atau digelar sebagai ‘lobsterman’ hampir-hampir menemui ajal apabila dia ‘terperangkap’ dalam mulut ikan paus tanpa disedari.

Kisahnya begini. Pada awalnya lelaki berkenaan, Michael Packard, 40, melakukan selaman kira-kira 45 kaki dalam ke dasar laut di perairan Cape Cod, Massachusetts, US.

Michael menyelam ke bawah sana adalah untuk menjalankan misinya seperti biasa, iaitu memburu udang kara. Namun tiba-tiba perkara tidak diingini berlaku.

Katanya, dia tersedar akan satu ‘benjolan’ besar ketika di dasar berkenaan, dalam masa sama suasana sekelilingnya teramat gelap. Dia tidak nampak apa-apa.

Advertisement

Namun dia dapati dirinya tidak berasa apa-apa sakit sehinggalah dia tersedar sesuatu bahawa, “Baru saya perasan, oh my God..saya dalam mulut ikan paus. Dia cuba nak telan saya,”



Rupa-rupanya Michael telah berada dalam mulut ikan paus jenis Humpback. Sebab itulah dia berasa ‘sesuatu’ yang lembut dan sekelilingnya gelap-gelita.

“Saya fikir..ya saya akan mati,” luahnya yang membayangkan bahawa dia akan ditelan mamalia berkenaan, sekaligus mati di dasar laut tanpa khabar berita.

Setelah 30 saat terperangkap, akhirnya detik cemas itu berakhir apabila ikan paus berkenaan tiba-tiba naik ke permukaan air dan memuntahkan dirinya keluar ke udara.

Michael yang tadinya terlalu gemuruh bimbang ditelan paus mampu menghela nafas lega kerana dia berjaya ‘muncul’ semula di permukaan air, seolah-olah ikan paus tersebut ‘kasihan’ terhadapnya.

Advertisement

Kemunculan Michael di permukaan air disaksikan rakannya, Josiah Mayo yang kebetulan berada di bot mereka tidak jauh dari lokasi kejadian sebelum dibawa ke hospital.

Lelaki berkenaan hanya mengalami kesan lebam-lebam di badan, namun tiada sebarang kecederaan dikesan. Dia akhirnya berjaya ‘hidup’ kembali.

“Saya dimuntahkan ke udara dan terdampar di atas permukaan air. Saya sudah bebas dan terapung di sana. Susah nak percaya..dan saya di sini nak ceritakan pada anda,” katanya.



Sumber: BBC / Metro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel