Connect with us

Jenayah

Tular Jiran Gaduh Pasal Pokok Bunga, Parkir

Tular sebuah video di media sosial memaparkan kekecohan pertengkaran mulut melibatkan beberapa jiran lelaki dan wanita di sebuah kawasan perumahan di Seksyen 24 di Shah Alam sehingga menjadi perhatian warga maya, sejak semalam.

Difahamkan gara-gara isu tanaman dan masalah meletakkan kenderaan menjadi punca sekumpulan jiran bergaduh dalam kejadian tersebut.

Menerusi video berdurasi 4 minit 4 saat yang tular menerusi aplikasi WhatsApp berlaku kira-kira jam 3 petang.



Memetik laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya telah menerima dua laporan berkaitan isu tersebut daripada kedua-dua belah pihak.

Advertisement

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada isu tanaman serta masalah meletakkan kenderaan oleh kedua-dua jiran sehingga mencetuskan insiden pertengkaran dan pergaduhan.

“Kesemua yang terlibat telah dipanggil untuk dirakam percakapan dalam membantu siasatan.

“Kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk berdamai dan telah membuat penarikan semula terhadap laporan polis yang dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, bagaimanapun polis masih meneruskan siasatan secara adil dan saksama meskipun kedua dua pihak telah menarik semula laporan polis itu.

Kes disiasat dijalankan mengikut Seksyen 269, Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Advertisement

“Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam kadar segera untuk tindakan lanjut.

“Masyarakat dinasihatkan supaya tidak mengambil sebarang tindakan secara melulu dalam apa jua situasi yang boleh menyebabkan pelanggaran undang undang,” jelasnya.

Sumber: Kosmo!

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel