Connect with us

Terkini

Muhyiddin Umum 3 Negeri Beralih Ke Fasa 3 PPN Mulai Rabu, Rentas Daerah Dibenarkan

Tiga negeri iaitu Perlis, Sarawak dan Labuan di bakal memasuki Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Rabu ini.

Perkara ini disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.

“Alhamdulillah, sukacita ingin saya umumkan bahawa tiga buah negeri yang menunjukkan prestasi yang amat baik akan beralih ke Fasa 3 PPN iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa Rabu, 4 Ogos 2021.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan. Suka untuk saya mengingatkan agar SOP dan peraturan yang telah ditetapkan terus dipatuhi dan semua usaha untuk menambahbaik situasi pandemik di negeri masing-masing diteruskan.

Advertisement

“Saya berharap dengan kerjasama semua pihak di seluruh negara lebih banyak negeri akan dapat bergerak ke fasa seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Tambah Muhyiddin, negara harus optimis dan terus bergerak ke hadapan supaya pemulihan negara dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan selamat.

Pada masa yang sama, beliau juga berkata bahawa kemudahan untuk sektor ekonomi dan individu lengkap dua dos vaksin akan diumum waktu terdekat.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel