Connect with us

Global

Negara Eropah Mula Pindahkan Diplomat, Tutup Kedutaan Di Afghanistan

Beberapa negara Eropah memutuskan untuk membawa keluar diplomat serta rakytanya dari Afghanistan dan menutup kedutaan selepas anggota Taliban mula memasuki ibu negara Kabul pada Ahad.

Kedutaan Perancis sudah memulakan proses untuk membantu memindahkan warganya, demikian umum Kementerian Eropah dan Hal Ehwal Luar Negeri, lapor Xinhua.

“Kementerian Pertahanan akan menghantar bantuan tentera dan aset udara ke Emiriah Arab Bersatu dalam beberapa jam lagi untuk membolehkan operasi pertama memindahkan rakyat kami ke Abu Dhabi,” menurut kenyataan kementerian itu.

Sementara itu, Menteri Luar Jerman Heiko Mass berkata proses membawa keluar warga Jerman dari Kabul telah bermula pada Ahad.

Advertisement

Britain pula telah mengerahkan 600 tentera ke Afghanistan untuk membantu membawa keluar rakyat negara itu dan jurubahasa tempatan.

Keadaan negara yang dilanda perang itu semakin buruk sejak pengunduran tentera Amerika Syraikat (AS) bermula 1 Mei lalu. Presiden Joe Biden mengarahkan tentera AS untuk menamatkan misinya di Afghanistan menjelang akhir bulan ini.

Sweden akan menutup kedutaannya di Kabul, berkuat kuasa serta-merta dan selewat-lewatnya pada Isnin, umum Menteri Luar Ann Linde.

“Pemindahan petugas kedutaan dan kakitangan tempatan akan segera dilakukan,” kata Linde pada sidang media.

Finland pula akan menutup sementara kedutaannya di Kabul bermula Isnin.

Advertisement

Presiden Afghanistan Mohammad Ashraf Ghani meninggalkan negara itu pada malam Ahad, sementara pasukan Taliban memasuki Kabul dan menawan istana presiden.

Taliban telah memberi jaminan bahawa semua misi diplomatik dan warga asing di Kabul akan selamat.

Jurucakap kumpula itu Zabihullah Mujahid berkata Taliban komited untuk memastikan keselamatan di Kabul.

– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel