Connect with us

Global

Jatuh Ke Dalam Air, Lelaki Maut Ditarik Oleh Ikan Seberat 5 Kg

Seorang nelayan di Filipina dilaporkan maut selepas dia ditarik oleh seekor ikan dan jatuh ke dalam air, menyebabkan kepalanya terhantuk pada batu dan lemas.

Jovy, 31 tahun sedang menangkap ikan dengan menggunakan tombak pada 9 Ogos lalu sebelum perkara tersebut berlaku.

Lelaki itu dikatakan berjaya menikam seekor ikan bersaiz dua kaki sebelum haiwan itu lari bersembunyi di bawah batu-batu.

Hal itu menyebabkan kakinya dililit oleh tali yang berselirat pada tombak yang digunakan sekaligus menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam air.

Advertisement

Lantaran ikan dengan berat 5 kilogram itu terus bersembunyi di sebalik batu, mangsa yang terikat tidak dapat melepaskan dirinya untuk terus timbul.

Ujar salah seorang pegawai polis tempatan, keluarga yang khuatir akan kehilangannya telah membuat laporan kepada pihak polis pada keesokan pagi.

“Kami lakukan operasi mencari dan menyelamat, sekaligus menemui jasad mangsa,” katanya.

“Tali melilit tubuh lelaki itu manakala ikan masih berada di bawah batu. Kedua-duanya telah tidak bernyawa ketika kami sampai.”

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel