Connect with us

Terkini

Lan Pet Pet Memulakan Tugas Sebagai Pembantu Peguam

Lan Pet Pet, seorang pelawak dan juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Senario memulakan tugas pertamanya sebagai pembantu peguam di syarikat guaman yang mengendalikan kes jenayah di Kompleks Mahkamah Alor Setar.

Menurutnya Mazlan Ahmad atau nama panggilannya Lan, dia telahpun mengambil masa selama tujuh bulan untuk mencari ilmu serta berlatih dalam selok belok pekerjaan baharunya itu.

“Setiap perjalanan dalam hidup perlukan latihan yang akan membuatkan kita lebih mahir dalam sesuatu bidang yang ingin diceburi.”

“Sepanjang tujuh bulan mengharungi latihan, saya kini sudah lulus dan ini hari pertama memulakan tugas sebagai pembantu khas syarikat guaman,” katanya.
Dia memberitahu bahawa dia tidak akan menolak jika selepas ini dia ditawar memegang watak sebagai seorang peguam dan mengakui dapat menjiwai watak tersebut dengan sepenuh hati.

“Sebelum ini, saya banyak menonton filem terutama Bollywood yang mengsiarkan kisah kehidupan atau berkaitan peguam di mahkamah dan ini membuatkan saya tertarik mememgang watak peguam sekira mendapat tawaran.”

Advertisement

“Mungkin ramai lihat perwatakan saya sebelum ini agak gila-gila namun sekiranya ditawarkan karakter peguam selepas ini, saya yakin dapat membawa watak itu dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, Peguam Datuk Dr Aswandi Hashim dari Aswandi Hashim & Co berkata, tempoh tujuh bulan yang diberikan kepada Mazlan digunakan sebaik mungkin untuk menyesuaikan diri dengan kerja barunya.

Katanya lagi, beliau dan Mazlan merupakan sahabat sejak kecil namun terpisah sejak 25 tahun lalu. Ujarnya, dia turut memberikan kontrak setahun kepada Mazlan untuk mendalami undang-undang.

“Pada peringkat ini, Mazlan dianggap sudah lulus, namun saya memberikannya kontrak setahun buat dia untuk lebih mendalami selok belok undang-undang.

“Mazlan memberitahu dia memang minat dengan undang-undang, namun tidak menemui orang sesuai untuk mengajarnya dan disebabkan itu saya memintanya menjalani latihan terlebih dahulu selama tujuh bulan,” katanya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel