Connect with us

Global

(Video) Beruang ‘Terciduk’ Kayu Mainannya Terpelanting Atas Kepala Sendiri

Terbaru, tular sebuah video klip dimana seekor beruang menunjukkan aksi lucu dengan bermain kayu di sebuah zoo. Dalam video itu, terlihat beruang itu sedang duduk sambil bermain-main dengan sebatang kayu. Aksi itu kelihatan seperti seorang manusia mempelajari seni mempertahankan diri dengan menggunakan senjata.

Baru hendak tunjuk hebat, kayu yang dipusing itu terpelanting dan terkena kepalanya sendiri. Dia pantas mengambil kayu tersebut lalu kembali menunjukkan aksi “kung fu” kembali.

Seketika kemudian, kayu tersebut sekali lagi terpelanting dan jatuh ke bawah. Kelihatan beruang tersebut merangkak ke bawah untuk mengambilnya lalu naik semula ke atas dan menyambung semula permainan tanpa kelihatan letih.

Aksi beruang tersebut menarik perhatian orang ramai setelah video tentangnya dimuat naik dalam akaun twitter @ Bangin’ Tweets semalam. Video yang mendapat tontonan 25.7 ribu tontonan itu berjaya menimbulkan rasa kagum dalam diri penonton kerana biasanya aksi begitu hanya boleh dilihat dalam lingkungan manusia terutamanya mereka yang sedang mempelajari seni pertahankan diri.

Advertisement

Tidak pasti bagaimanakah beruang itu berjaya melakukan aksi tersebut. Tetapi kemungkinan penjaga di kawasan zoo berkenaan yang telah melatihnya.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel