Connect with us

Viral

Video Spontan ‘Pandangan Sayu’, Anak Kecil Ini Membuat Ramai Netizen Sebak

Tular rakaman video memaparkan seorang anak kecil yang memberikan pandangan kosong kepada ibu saudaranya seolah-0lah sedang merindui arwah mamanya di Facebook. Si kecil yang berusia setahun 3 bulan itu dikenali sebagai Sumayyah berdepan dengan ujian kehilangan ibu kandung akibat Covid-19.

Walaupun ia masih terlalu kecil untuk memahami erti kehilangan, Sumayyah mesti akan mencari mamanya yang sangat disayangi. Mendapat lebih 10,000 perkongsian, netizen turut sayu dan sebak melihat reaksi spontan yang ditunjukkan oleh Sumayyah.

Video yang dirakam oleh ibu saudaranya, Nurafyfah Yacob selepas Sumayyah selesai mendapat pemeriksaan dan suntikan di klinik. Si comel ini cuba tersenyum sebaik sahaja ibu saudaranya meminta untuk berbuat demikian.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Allahyarham Norfazzlyana Nezal disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 pagi pada Isnin selepas 19 hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Se­remban.

Advertisement

Menurut suami, arwah isterinya sebelum ini terpaksa melahirkan anak ketiga secara pembedahan pada usia kan­dungan 35 minggu selepas diletakkan dalam keadaan intubate.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel