Connect with us

Terkini

22 Individu Dikompaun RM150,000 Ingkar SOP Di Pusat Hiburan

Seramai 22 individu dikenakan kompaun berjumlah RM150,000 dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Bandar Baru Medan di sini awal pagi tadi kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata mereka dikompaun kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) 2021.

Beliau berkata menerusi Op Hiburan dan Op COVID-19 yang dijalankan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ipoh pada 1 pagi itu, pemeriksaan dilakukan ke atas 24 individu terdiri daripada 19 lelaki dan lima wanita termasuk dua wanita warga China.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati 13 individu termasuk seorang wanita warga China positif dadah jenis amfetamina, metamfetamina serta ketamin.

Advertisement

“Siasatan terhadap mereka dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala dua wanita warga China itu disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mior Faridalathrash berkata operasi yang dilakukan itu diharap dapat mengurangkan kebimbangan masyarakat terhadap ancaman penagihan dan pengedaran dadah di kawasan setempat serta jangkitan COVID-19.

“Polis memberi peringatan tegas kepada semua pemilik pusat hiburan supaya mematuhi SOP yang ditetapkan kerana aktiviti pusat hiburan masih tidak dibenarkan beroperasi di bawah Fasa Dua PPN di negeri ini,” katanya.

Sumber : BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel