Connect with us

Jenayah

Suami Isteri Ceroboh IPD Ranau Ditahan

Sepasang suami isteri ditahan polis selepas menceroboh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau dengan menaiki Proton Wira dan memecahkan pintu kaca bangunan IPD itu di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Simiun Lomudin, berkata dalam kejadian jam 9.17 pagi itu, suspek lelaki memandu kereta secara melulu dan melanggar papan tanda berhenti di pondok pengawal, sebelum meluru ke arah di lobi utama.

“Suspek memberhentikan kereta di lobi dan keluar daripada kenderaan itu lalu memecahkan pintu kaca IPD Ranau menggunakan tong sampah.

“Anggota bertugas kemudian menahannya dan suspek dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik untuk siasatan awal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisement

Simiun berkata, polis turut menahan isteri lelaki itu yang juga penumpang kereta dan ujian saringan terhadap kedua-dua mereka berusia 27 dan 33 tahun mendapati hanya suspek lelaki positif dadah.

“Polis percaya suspek bertindak demikian di bawah pengaruh dadah dan mereka berdua direman untuk siasatan lanjut, manakala kenderaan dirampas,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel