Connect with us

Jenayah

Surprise Delivery Mendapat ‘Kejutan’ Daripada Pelanggan Dari ‘Neraka’

Baru-baru ini, perkhidmatan ‘surprise delivery’ menjadi satu trend dan semakin mendapat sambutan orang ramai. Kebiasaannya, perkhidmatan ini digunakan oleh pelanggan untuk memberikan kejutan untuk insan tersayang.

Namun begitu, perkara ini berbeza bagi seorang peniaga yang mendapat sebuah ‘kenangan’ apabila dia dipertemukan dengan pelanggan dari ‘neraka’ yang cuba menyamunnya.

Menurut seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ajib Saim menceritakan pengalaman cemas yang telah menimpa isterinya iaitu Lily semasa melakukan surprise delivery baru-baru ini. Kisah itu berlaku apabila Lily menghantar pesanan suspek di sebuah flat di Johor. Kebiasaannya, Lily yang membuat surprise namun kali ini dia yang mendapat ‘surprise’ daripada pelanggannya sendiri dimana dia diperangkap dan hampir disamun oleh pelanggan tersebut.

Terang Ajib lagi, dia cuma mengetahui perkara berkenaan selepas menerima panggilan daripada isterinya namun ketika itu dia hanya terdengar suara wanita sedang bergelut.

Advertisement

“Lepas zohor dapat call dari wife, tapi tak berjawab. Yang saya dengar jeritan minta tolong nangis-nangis tengah bergelut. Lepas tu anak saudara kebetulan bersama wife. Cakap dengan telefon tadi, dia cakap tak tahu. Mokteh macam nak kena rogol.” katanya.

Menurutnya, dia bergegas ke lokasi tersebut dan sebaik sahaja dia tiba di sana, dia melihat isterinya sudahpun berada dalam jagaan pihak polis. Sementara dua dari tiga suspek wanita berusia 19 tahun itu sudah berada dalam tahanan polis. Difahamkan, isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan parah tetapi berdepan dengan trauma.

Kes telah diserahkan kepada pihak berkuasa. Mereka bertiga merancang untuk samun dengan membuat pesanan kerana wife seorang runner. Hampir membunuh kerana ada pisau.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel