Connect with us

Global

Aksi Pelik Mangsa Dirakam CCTV, Tiktokers Terkenal Meninggal Dunia Dipercayai Bunuh Diri

Satu video baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang pemuda yang juga merupakan TikTokers terkenal dipercayai mengakhiri kehidupannya ketika sesi live di TikTok.

Menurut sumber Bogor Tribunnews, lelaki yang berusia 29 tahun berasal dari Jatinegara, Jakarta Timur Indonesia itu dipercayai membunuh diri dengan mengikat kain pada pintu kediamannya. Insiden ngeri itu disedari oleh teman mangsa yang menonton live TikTok tersebut sebelum bertindak melaporkan kepada pihak polis. Pihak polis segera ke lokasi kejadian dan setibanya mereka di sana,mereka mendapati mangsa sudahpun meninggal dunia.

Hasil daripada pemeriksaan, tiada sebarang unsur jenayah yang ditemui pada mayat mangsa. Walau bagaimanapun, keterangan pihak polis itu dibantah oleh peguam keluarga mangsa. Hal ini kerana, mereka seakan tidak percaya bahawa mangsa nekad membunuh diri malah mereka yakin bahawa kematian tersebut mempunyai unsur jenayah.

Peguam juga berpendapat bahawa ketika kejadian, mangsa tidak tinggal bersendirian sebaliknya mempunyai individu lain di rumah tersebut. Berdasarkan rakaman CCTV, mangsa telah menunjukkan tingkah laku yang pelik sebelum membunuh diri. Lebih menimbulkan keraguan adalah video live yang dikongsikan hanyalah berdurasi 15 saat sahaja.

Advertisement

Dari awal kami sudah curiga kerana dalam video tersebut kelihatan kaki mangsa ditarik. Dari cermin terlihat seperti ada orang yang menarik kakinya. Dipercayai ada individu memadam aplikasi TikTok, video dan chat di telefon mangsa. Ada beberapa perkara lain yang dipadam sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Sehingga kini pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes kematian TikTokers terkenal ini dan seramai enam orang saksi telah ditahan bagi membantu siasatan. Difahamkan juga, pihak polis berjaya merampas beberapa barangan bukti seperti minuman keras, ubat-ubatan, kerusi plastik, kain berwarna coklat, tripod dan telefon pintar milik mangsa. Keluarga mangsa memaklumkan akan mencari siapakah dalang di sebalik kematian tersebut dan apakah motif pembunuhan itu.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel