Connect with us

Hiburan

Youtube Milik Nabila Razali Digodam, MV Bersama MK Hilang Begitu Sahaja

Akhir-akhir ini, aktiviti pengodaman atau lebih dikenali ‘hacker’ semakin menjadi sehingga terdapat saluran YouTube yang telah mengumpul ramai pengikut telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

Nasib sama yang turut dialami oleh penyanyi tanah air, Nabila Razali selepas saluran Youtube rasminya digodam serta dipadam dari platform penstriman video berkenaan.

Hal itu dikongsi dengannya di Insta Story yang memaparkan tangkap layar email yang diterima berkenaan laman Youtube rasmi miliknya yang telah dipadam.

Namun, apa yang lebih menyedihkan, Nadia juga mengakui turut sedih melihat muzik video Peluang Kedua hasil gandingannya bersama seorang penyanyi rap, MK yang telah mencecah 30 juta penonton hilang begitu sahaja.

Advertisement

Menerusi hantarannya yang lain, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali menyatakan pihaknya sedang berbincang dengan pihak YouTube bagi menyelesaikan isu tersebut.

Selain itu, penyanyi lagu Peluang Kedua itu turut meminta para pengikutnya untuk mendoakan proses tersebut berjalan lancar supaya saluran YouTube miliknya dapat dikembalikan semula.

Bukan itu sahaja, menurut pengurus Nabila, Mohd Asrul Abdul Talib, saluran terbabit baharu dilancarkan setahun lebih dan sudah memiliki lebih 390,000 pelanggan.

Katanya lagi, mereka sangat kecewa dengan perkara itu kerana semua video penting telah dimuat naik dan usaha keras selama ini untuk mengukuhkan saluran itu dianggap sia-sia.

“Kami mendapat tahu mengenai hal itu pagi ini menerusi sebuah ciapan di Twitter. Seorang pengguna bertanya sama ada saluran itu bermasalah.”

Advertisement

“Apabila memeriksanya, saluran itu rupanya sudah dipadam dari YouTube. Menerusi emel kami terima, saluran itu didakwa melanggar polisi kerana menyiarkan kandungan tertentu.”

“Sayanglah jika hilang begitu saja kerana muzik video Peluang Kedua yang sudah ditonton 33 juta pun dalam saluran itu. Lagipun, ia baharu saja setahun diwujudkan.”

Walaupun begitu, pihaknya kini dalam proses berunding masalah itu dengan pihak YouTube dan berharap agar saluran itu dapat dikembalikan semula.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel