Connect with us

Terkini

PU Syed: “Bila Dia Sentap Dengan Teguran Ambe, Itu Tanda Masih Ada Iman”

Beberapa hari lepas, pendakwah selebriti PU Syed atau Pencetus Ummah Syed Bakri Al-Yahya ada menegur usahawan kosmetik yang mempromosikan produk secara keterlaluan.

Beliau akui sudah beberapa kali menegur usahawan berkenaan yang berpenampilan mencolok mata dan menayang bentuk badan di media sosial.

“Berubahlah…Nyawa bukan dalam kawalan kita”

Kali ini, PU Syed telah memuat naik sekali lagi kenyataan di Instagram merujuk kepada tegurannya tempoh hari. Beliau telah memberi maklum balas terhadap respon  usahawan tersebut mengenai tegurannya itu.

“Bila dia sentap dengan teguran ambe..itu tanda masih ada iman dalam diri..berubahlah..kerana nyawa ni bukan dalam kawalan kita..sekejap je Allah boleh tarik..”

“Ramai yang jadi jutawan dgn berniaga..dan membuat iklan yang patuh syariah..maka rezeki mereka akan berkat..tetapi jika sebaliknya..pasti tiada keberkatan dlm rezekimu..sekalipun banyak..”tulisnya.

Terdahulu, seorang usahawan telah tampil membidas kenyataan yang dibuat oleh PU Syed. Individu tersebut mengamuk selepas dikataka duit yang diterima  tidak berkat memandangkan dia mempromosikan produk dengan cara yang agak keterlaluan.

Advertisement

Baca: “Jangan Ambil Kerja Tuhan” – Dituduh Duit Tak Berkat, Kak KM Mengamuk Ditegur Pendakwah

Individu tersebut memberi ‘amaran’ kepada PU Syed supaya tidak mengambil kerja Tuhan apatah lagi telah memalukan dirinya di khalayak ramai.

Sumber: Instagram pusyed_official

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel