Connect with us

Hiburan

Suasana Hiba, Ramai Rakan Artis Hadir Beri Penghormatan Terakhir Di Rumah Allahyarham Mamat Khalid

Hari ini, kita kehilangan salah seorang pengarah dan penerbit tersohor tanah air, Mamat Khalid yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Menurut laporan wartawan Astro Awani, Hasimi Muhamad, jenazah Allahyarham Mamat Khalid akan dikebumikan di Masjid Paloh, Ipoh selepas solat Zohor dan dikhabarkan kini sedang disolatkan di Masjid Sungai Rokam.

Sementara itu di rumah Allahyarham, beberapa rakan artis dilaporkan tiba di kediaman Allahyarham sejak pagi ini untuk memberi penghormatan terakhir.

Antara yang hadir termasuk penerbit dan pengarah Ahmad Ibrahim, rakan artis, Bell Ngasri, Khir Rahman dan penyanyi tersohor negara, Datuk Awie.

Advertisement

Turut tiba di kediaman Allahyarham Mamat Khalid adalah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang dikatakan kenalan rapat Allahyarham dan isteri.

Advertisement

Terdahulu Pengarah filem terkenal, Mamat Khalid dilaporkan meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah malam tadi di Hospital Slim River dan perkara itu disahkan Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah.

“Arwah pengsan di Sarang Art Hub, Tanjung Malim sebelum dibawa ke Hospital Slim River dan disahkan meninggal dunia,” katanya ringkas melalui pesanan aplikasi WhatsApp kepada Bernama.

Punca kematian difahamkan akibat serangan jantung.

Selain menumpukan masanya dalam bidang perfileman, Mamat juga merupakan pemilik kafe Sarang Art Hub yang dibuka di Tanjung Malim sejak 2016.

Mamat atau nama sebenarnya, Mohamad bin Mohamad Khalid, 58, adalah seorang penulis skrip dan pengarah filem selain merupakan adik kepada kartunis terkenal negara Mohammad Nor Khalid, atau lebih dikenali sebagai Lat.

Advertisement

Mamat yang dilahirkan di Ipoh, meninggalkan isteri, Hasmah Hassan dan lima orang anak iaitu tiga lelaki, Mohd Khalid Amen, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Zaffa dan dua perempuan iaitu Sara dan Nurhassanah.

Baca: Pengarah Terkenal Mamat Khalid Disahkan Meninggal Dunia

Antara filem air tangan Mamat yang terkenal adalah ‘Zombi Kampung Pisang’, ‘Hantu Kak Limah’, ‘Rock’ dan ‘18 Puasa di Kampong Pisang’ yang meninggalkan kesan mendalam kepada peminat filem genre lucu dan hiburan keluarga.

Sumber: Hasimi Muhamad

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel