Connect with us

Terkini

“Larangan Merokok Di Tempat Awam Akan Dikuatkuasakan” – Khairy Jamaluddin

Kelonggaran bagi individu yang lengkap dua dos vaksin untuk ‘dine-in’ di kedai makan mendapat sambutan yang menggalakkan. Disebabkan itu juga, masalah merokok di kedai makan juga turut meningkat. Kalau dah perokok tegar melepak, mesti berbatang-batang rokok punya dia hisap.

Menurut laporan Berita Harian, Kementerian Kesihatan (KKM) akan menguatkuasakan peraturan larangan merokok di tempat awam dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

“Masalah merokok di tempat makan awam berkurangan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan pandemik, yang melarang aktiviti makan di tempat makan awam.”

“Berikutan itu, penguatkuatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dijalankan secara serentak dengan larangan merokok mengikut Peraturan 11(1) PPKHT 2004 di seluruh negara.”

Advertisement

Hal ini juga perlu dikuatkuasakan bagi memastikan negara bersedia beralih ke fasa endemik. Jadi selepas ini, KKM mungkin akan meluaskan lagi aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di tempat awam.

 

Kredit: Berita Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel