Connect with us

Global

Detik ‘Kecut Perut’ Tukang Cat, Cemas Tergantung Di Tingkat 26 Selepas Tali Keselamatan Dipotong Wanita

Seorang wanita yang tinggal di sebuah kondominium di Bangkok, Thailand nekad memotong tali keselamatan yang menyokong dua orang tukang cat bangunan tersebut sehingga menyebabkan mereka berdua tergantung di tingkat 26 sebelum berjaya diselamatkan oleh penduduk setempat.

Menurut portal sindonews, wanita tersebut nekad bertindak sedemikian kerana marah akan kedua-dua pekerja yang secara tiba-tiba muncul di tingkap bilik tidurnya tanpa diberitahu akan ada kerja-kerja mengecat bakal dijalankan di kondominum berkenaan.

Akibat daripada tindakannya itu, wanita tersebut kini dilaporkan terpaksa berhadapan dengan pihak polis.

“Dia bakal berhadapan dengan tuduhan cubaan membunuh serta memusnahkan harta benda,” kata Ketua Polis Pak Kret, Pongjak Preechakarunpong.

Advertisement

Walau bagaimanapun, Pongjak tidak menyatakan berkenaan apakah yang mendorong wanita itu untuk bertindak sedemikian, namun media Thailand melaporkan bahawa wanita tersebut berasa jengkel ketika melihat pekerja berkenaan muncul di luar biliknya dan tidak melihat pengumuman dari pihak pengurusan kondominium bahwa mereka akan melakukan pekerjaan mengecat itu pada 12 Oktober.

Satu klip video yang tular di media sosial memaparkan dua orang tukang cat memohon seorang wanita di tingkat 26 untuk membuka tingkapnya dan membenarkan mereka masuk.

Satu klip video yang tular di media sosial memaparkan dua orang tukang cat memohon seorang wanita di tingkat 26 untuk membuka tingkapnya dan membenarkan mereka masuk.

Salah seorang daripada tukang cat yang merupakan warga Myanmar menyatakan kepada media Thailand bahawa dia dan dua lagi rakannya telah turun ke tingkat 32 untuk membaiki keretakan di bangunan itu.

Ketika sampai di tingkat 30, dia merasakan bahawa talinya itu berat. Apabila dia melihat ke bawah, dia telah terlihat ada seseorang yang duduk di tingkat 21 membuka tingkap dan memotong talinya.

Advertisement

Dia walau bagaimanapun, cuba meminta bantuan dari unit lain, namun tiada siapa yang menjawab.

“Rakannya yang lain terus membantu mereka dari tingkat atas kata,” Praphaiwan Setsing, penduduk setempat yang menyelamatkan dua tukang cat itu.

Praphaiwan menyatakan bahawa suaminya ternampak seorang tukang cat memberikan isyarat meminta tolong. Dia kemudiannya telah dihubungi oleh suaminya itu untuk bercakap dengan tukang cat berkenaan.

“Insiden ini amat mengejutkan dan seharusnya tidak patut berlaku,” ujarnya.

Pihak pengurusan kondominium dilaporkan menemani tukang cat berkenaan untuk melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Advertisement

Wanita yang berusia 34 tahun tersebut pada awalnya menepis dakwaan bahawa dia adalah individu yang bertaggungjawab melakukan perkara itu, namun pihak polis enggan menyerah dan telah bertindak menghantar tali berkenaan ke unit forensik untuk melakukan pengesanan cap jari serta DNA, lapor media.

Pada Rabu, wanita tersebut dan peguamnya tampil di balai polis. Setelah pihak polis menunjukkan rakaman CCTV serta bukti forensik, dia akhirnya mengakui tindakannya itu namun menolak dakwaan berniat untuk membunuh para pekerja berkenaan.

Pongjak menyatakan bahawa suspek telah dibebaskan secara sementara. “Polis akan memfailkan pertuduhan di mahkamah wilayah dalam tempoh 15 hari,” katanya.

Di atas tindakannya itu, suspek akan disabitkan di bawah tuduhan cubaan membunuh. Sekiranya didapati bersalah, suspek bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Sumber: Sindonews.comAsean Now

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel