Connect with us

Global

Pemburu Haram Ditemui Mati Dipercayai ‘Dibunuh’ Gajah

Seorang individu dipercayai pemburu haram ditemui mati dengan kesan didakwa dibunuh oleh gajah di Taman Negara Kruger (KNP), Afrika Selatan baru-baru ini.

Laman Twitter rasmi KNP memaklumkan, pihak renjernya menemui mayat pemburu haram itu ketika mereka sedang meronda di trek dalam kawasan taman negara berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati individu itu disyaki telah dibunuh oleh gajah dan ditinggalkan oleh rakan pemburunya yang lain.

“(Bagaimanapun) tiada haiwan lain yang dibunuh di kawasan berhampiran di situ,” maklum kenyataan tersebut.

Advertisement

Dalam pada itu, pihak pengurusan KNP memberi amaran kepada semua pemburu haram mengenai betapa bahayanya memburu secara haram di kawasan taman negara itu.

“Penjenayah akan kehilangan nyawa dan kebebasan  hidup mereka,” tambah amaran itu.

Sementara itu, laporan ringkas KNP mengenai penemuan mayat pemburu haram tersebut meraih maklum balas ‘gembira’ daripada warganet.

Sumber: Twitter KNP / USA Today

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel