Connect with us

Kemalangan

Dipercayai Cari Bapa Yang Pergi Ke Kedai, Budak Perempuan 4 Tahun Maut Jatuh Tingkat 29

Seorang bapa terkejut anak usia 4 tahun maut terjatuh dari tingat 29 kondominium. Kejadian yang berlaku di sebuah kondominium di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur ini mengejutkan orang ramai.

Berdasarkan laporan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, kanak-kanak perempuan yang maut itu ditinggalkan bersendirian di rumah tanpa pengawasan orang dewasa. Pintu rumah turut dikunci dan kanak-kanak itu mungkin tercari-cari bapanya.

“Bapa mangsa dikatakan keluar membeli barang dan apabila pulang ke rumah, dia mendapati anaknya sudah tiada sebelum meminta bantuan pihak pengurusan untuk mencari anaknya.”

“Mangsa ditemui salah seorang kakitangan pengurusan di kawasan koridor tingkat lapan dalam keadaan tidak bernyawa.”

Advertisement

Mangsa kemudian disahkan meninggal oleh pasukan ambulans dari Hospital Selayang. Hasil pemeriksaan pihak polis juga mendapati kejadian berpunca dari tingkap bilik yang terbuka dan ada satu kerusi di tepi tingkap yang tidak mempunyai grill itu.

Beliau berkata, mayat mangsa dirujuk ke Unit Forensik Hospital Selayang untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber: Harian Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel