Connect with us

Jenayah

(Video) Lelaki Maut Dicekik Dalam Pergaduhan Kerana Pembesar Suara

Seorang lelaki maut disyaki dicekik dalam kejadian pergaduhan di hadapan sebuah warung pasar pagi di Flat Ashby Road di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa, Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, meninggal dunia di tempat kejadian selepas lehernya dicekik.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata susulan kejadian itu polis menahan lelaki berusia 34, 47 dan 60 tahun di lokasi kejadian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal mendapati, suspek dikatakan tidak berpuas hati kerana mangsa mencuri pembesar suara milik seorang daripada mereka.

Advertisement

“Ketika kejadian, suspek menemui mangsa bersama pembesar suara itu, sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka dan mengakibatkan mangsa terbunuh dalam kejadian itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, seorang daripada tiga suspek yang juga pemilik gerai di kawasan berkenaan datang kemudian dalam pergaduhan itu.

“Suspek itu datang membantu rakannya dalam pergaduhan terbabit, sebelum leher mangsa dicekik dan kemudiannya meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis juga percaya mangsa mempunyai masalah mental.

“Polis turut merampas sebilah pisau lipat milik mangsa di lokasi kejadian. Ketiga-tiga suspek yang ditahan direman selama seminggu bagi membantu siasatan,” katanya.

Advertisement

Katanya, ketiga-tiga suspek yang ditahan akan direman seminggu untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

Sumber: BH Online

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel