Connect with us

Terkini

Disangka Warga Asing Rupanya Pandai Cakap Melayu

Perkongsian seorang wanita kacukan Malaysia-Afrika dilaman sosial cukup mencuit hati apabila dirinya sering disangka pelancong asing.

Rupa parasnya yang kelihatan seperti pelancong asing itu menyebabkan sebahagian besar warga tempatan mengelak untuk berborak termasuk mengambil pesanan makanannya kerana mereka bimbang sekiranya gadis berdarah kacukan Malaysia-Afrika tersebut berkomunikasi dalam bahasa Inggeris selain tidak memahami pertuturannya.

Menerusi perkongsiannya di aplikasi TikTok, dia yang dikenali sebagai Aya sempat bercerita mengenai situasi di sebuah kedai makan selepas menjawab persoalan daripada sorang pengikutnya.

Menerusi sebuah video berdurasi 30 saat di media sosial gadis berusia 24 tahun itu berkongsi pengalaman melucukan tersebut.

Advertisement

Disangka pelancong asing

“Pak cik itu cuba bercakap dalam bahasa inggeris, dia cakap ‘Hello, good evening, eat, you want’ sebelum saya bergurau dengan nada seloroh ‘i want’.

“Terdapat sebuah lagi insiden berlaku di sebuah kedai makan Kelantan di mana semua pekerja di kedai makan tersebut tidak mahu mengambil pesanan makanannya.

“Mereka cakap ‘Mu lah, ‘Demo lah’ lepas itu, saya terus cakap tidak apalah, saya serve sendiri sebelum mereka terkejut dan memberitahu ‘lah mu melayu?,” katanya.

Perkongsian @Aya Amiruddin yang juga menjual produk kesihatan terbabit telah mendapat lebih 279,000 tanda suka dan lebih 4,000 komen orang ramai.

@freakayaisfreakStorytime! 😂 #fyp #viralmalaysia #qna #kaumelayuke #blackasian #kelantantiktok♬ original sound – Aya Amiruddin

Reaksi Netizen

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan perkongsian itu selain turut ‘tertipu’ dengan penampilannya yang fasih berbahasa Melayu.

Advertisement

Difahamkan, gadis berkenaan dilahirkan di ibu kota dan dibesarkan oleh keluarga angkat sejak kecil lagi, ibu kandungnya berbangsa Melayu manakala bapanya orang Afrika dari Nigeria.

Sumber: TikTok freakayaisfreak

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel