Connect with us

Kemalangan

Dua Anak Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata

Seorang anggota tentera dan isteri meninggal dunia manakala dua anak mereka selamat dalam kemalangan di susur keluar lebuhraya PLUS Alor Pongsu petang tadi.

Dalam kejadian tersebut Koperal Anas bin Awang, 32, serta isterinya, Siti Hafissah Zamri, 34, telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala kedua dua anak mereka yang turut berada bersama sama di dalam kenderaan tersebut terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, maklumat diterima daripada orang awam memaklumkan terdapat kemalangan melibatkan melibatkan kereta jenis Mazda RX8 dan Perodua Kancil.

Advertisement

Menurutnya, kemalangan itu berlaku apabila kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas hingga melanggar penghadang jalan di bahagian kiri.

Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kereta Mazda RX8 yang dinaiki sebuah keluarga dari arah Pulau Pinang menghala ke Taiping dengan memandu di lorong kanan.

Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang jalan sebelum terlanggar Perodua Kancil yang dipandu di lorong kiri, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mazuki berkata, akibat kemalangan itu pemandu kereta telah tercampak ke atas jalan raya dan disahkan meninggal dunia.

Pada masa sama, penumpang hadapan turut disahkan meninggal dunia dalam kenderaan terbabit.

Advertisement

Dalam kemalangan ini, dua kanak-kanak dan dua wanita yang merupakan pemandu dan penumpang kereta Perodua Kancil berusia 26 dan 65 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.

Jenazah pasangan suami isteri ini dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Salam Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Koperal Anas dan Isteri, semoga mereka berdua ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel