Connect with us

Global

Ibu Tak Kenal Anak ‘Bertukar’ Persis Model Korea

Tular kembali di media sosial video memaparkan wajah seorang lelaki yang tiba-tiba berubah menjadi sangat kacak.

Pemuda itu yang sebelum ini sering dihina dan dipinggirkan sejak kecil kerana kecacatan pada mukanya kini mendapat kehidupan baru selepas menjalani satu pembedahan plastik.

Noppajit Monlin, 22, mengalami masalah rahang berpintal yang menyebabkan dia tidak boleh mengunyah dan mengakibatkan mukanya senget.

Kecacatan itu menyebabkan dia sering diejek ketika kecil dan mengasingkan diri ketika waktu makan tengah hari di tempat kerja di sebuah kilang di Thailand.

Advertisement

Bagaimanapun, kehidupan Noppajit berubah selepas menyertai program televisyen Let Me In Thailand dan menjalani satu pembedahan plastik.

Noppajit menjalani pembedahan untuk membetulkan rahang, dahi dan kelopak mata serta suntikan pada kelenjar air liur bagi membetulkan pengeluaran air liur berlebihan.

Lelaki itu juga menjalani rawatan kulit untuk merawat masalah jerawat yang dialaminya.

Selepas menjalani semua prosedur berkenaan, Noppajit buat pertama kalinya bertemu ibunya yang terkejut melihat perubahan besar pada anaknya.

Dalam satu episod program itu yang disiarkan baru-baru ini, ibu Noppajit tidak menyedari pemuda tampan yang menghampirinya adalah anaknya sendiri.

Advertisement

“Adakah ini benar-benar kamu? Adakah ini kamu?” kata wanita itu sambil mengalirkan air mata.

Noppajit berkata, sebelum ini masyarakat tidak menerimanya dan mengejeknya kerana wajahnya yang cacat itu.

“Kini saya individu yang berlainan dan saya lebih yakin dengan diri saya. Saya juga mempunyai ramai kawan,” jelasnya.

Jika dilihat kepada perubahan yang berlaku ke atas Noppajit, tidak hairanlah ibunya sukar untuk percaya bahawa dia adalah anaknya. Dia juga terpaksa menunjukkan parut di tangan sebagai pengesahan kepada ibunya.

“Ramai melihat saya sebagai individu yang berbeza. Saya rasa lebih baik. Sebelum ini, orang lihat wajah saya tak normal dan masyarakat tidak menerima saya, kini saya mempunyai lebih ramai kawan,” kata Noppajit dalam sesi temubual program tersebut.

Advertisement

Sungguhpun rupanya sudah seperti seorang model dari Korea, cinta Noppajit kepada kekasihnya, Tob, seorang transgender masih tidak berubah.

Mereka kini telah menjalinkan hubungan selama tiga tahun. Saya menjaganya, tetapi saya tidak takut dia tinggalkan saya. Kami mepercayai satu sama lain sejak awal perkenalan lagi,” ulas Tob, 26, kepada rancangan tersebut.

Noppajit yang berani meminta nombor telefon Tob sebaik lima minit berkenalan di Facebook itu berkata, “Dia menjaga saya. Walaupun dia bukan seorang wanita sejati, tetapi dia sebenarnya sudah seakan-akan seorang perempuan. Wanita ini adalah yang terbaik untuk saya.

“Saya mungkin sudah mempunyai kehidupan baru sekarang, namun hati saya tetap sama.”

Walau apapun diharapkan hidup Noppajit berubah menjadi lebih baik selepas perubahan yang dilakukannya ini. Semoga dia tidak disisihkan lagi seperti dulu.

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel