Connect with us

Global

Hidung Putus Digigit Akibat Hutang

MANADO: Bekas Bupati Bolaang Mongondow Timur (Boltim), Sulawesi Utara (Sulut), Sehan Salim Landjar berdepan situasi tragik apabila hidungnya terputus dan mengalami luka serius akibat digigit seorang lelaki.

Ketua Polis Kotamobagu, Irham Halid berkata, serangan itu didakwa berpunca akibat hutang, namun tiada penjelasan terperinci mengenai ‘hutang’ yang disebutkan.

“Kami tidak tahu apa, bila dan di mana kerana ia perkara sivil,” katanya lapor Kompas.com.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di kediaman suspek bernama AJ atau Ali di Kelurahan Tumubui, Kota Kotamobagu.

Advertisement

Suspek ditahan di balai polis untuk menjalani hukuman mengikut undang-undang sewajarnya.

Menjelaskan kejadian itu, kata Irham, pihaknya menerima panggilan daripada Sehan Salim yang mengatakan dia tidak dibenarkan keluar oleh suspek jika hutangnya tidak diselesaikan.

Ketika tiba di lokasi sejurus menerima panggilan tersebut, Irham melihat tangan suspek dalam keadaan dipenuhi luka dan terdapat luka jahitan.

Dalam laporan berasingan hari ini, kesan gigitan itu menyebabkan Sehan Salim terpaksa menjalani pembedahan plastik bagi membaiki hidungnya yang putus.

“Dia rangkul leher saya dengan tangan kanan dan terus menggigit hidung saya,” kata Sehan.

Advertisement

Sumber: Utusan Online

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel