Connect with us

Global

Jurusolek Dirogol, Badan Dipotong & Kepala Direbus Oleh Ahli Farmasi

Seorang ahli farmasi dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana merogol dan membunuh seorang pelajar di Kazakhstan yang juga bekerja sebagai jurusolek. Lebih mengejutkan apabila suspek dipercayai memenggal dan merebus kepala mangsa.

Memetik laporan Daily Mail, mangsa berusia 19 tahun yang dikenali dengan nama Ayazhan Edilova itu merupakan seorang pelajar jurusan fesyen dan gadis ini dikatakan mengambil upah untuk menjahit pakaian. Pada suatu hari, mangsa telah pergi ke rumah suspek, Rakhmanberdi Torebekov untuk mengambil ukuran badannya bagi menghasilkan sepasang sut.

Tetapi sebaliknya yang terjadi apabila suspek didakwa telah bertindak agresif dengan merogol dan menyerang mangsa selepas gadis itu enggan melakukan hubungan seks dengannya. Tidak terhenti di situ, suspek kemudian membunuh dengan memotong tubuh badan mangsa kepada beberapa bahagian sebelum memenggal dan merebus kepalanya di dalam periuk.

Menurut sumber, beberapa bahagian tubuh badan mangsa ditemui di kawasan pembuangan sampah di kediaman suspek. Menurut abang mangsa, gigi serta kuku adiknya telah ditanggalkan dan diletakkan di dalam sebuah beg plastik berasingan.“Dia membunuh adik saya dan menghabiskan kira-kira 24 jam memotong tubuh badannya.”

Advertisement

Lebih mengejutkan apabila pihak berkuasa turut menemui beberapa bahagian tubuh mangsa kedua, di mana ia menjurus kepada kemungkinan suspek merupakan seorang pembunuh bersiri. Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan Edilova memasuki lif bersama Torebekov, yang juga merupakan kali terakhir gadis itu dilihat dalam keadaan masih hidup. 

Berikutan daripada itu, Hakim Erkin Maishinov menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun kepada suspek. Dia juga turut diperintahkan untuk membayar £34,000 (RM192,148) sebagai sebahagian daripada pampasan kepada keluarga pelajar itu. 

Sumber: Daily Mail

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel