Connect with us

Jenayah

Peniaga Ditahan Bantu Siasatan Dera Isteri Dan 9 Anak

GEORGE TOWN – Seorang peniaga lelaki berusia 41 tahun ditahan di sebuah lokasi di negeri ini semalam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penderaan ke atas isteri dan sembilan anaknya di daerah Timur Laut, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd. Ra’ais berkata, suspek ditahan selepas pihak polis menerima laporan daripada isterinya yang merupakan warga asing.

“Isteri (suspek) berusia 31 tahun mendakwa dia bersama sembilan anak-anak mereka berusia setahun hingga 13 tahun telah menjadi mangsa dera lelaki tersebut.

“Susulan laporan itu, polis menahan suspek bagi membantu siasatan dan dia direman bermula hari ini sehingga 6 Januari ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Advertisement

Menurut beliau, pihaknya sedang mengenal pasti jumlah sebenar anak pasangan itu yang didera.

“Bagaimanapun, kita tidak menolak kemungkinan lebih daripada seorang yang cedera dan kita juga sedang menunggu laporan perubatan wanita tersebut bagi mengesahkan sama ada dia turut didera oleh suspek,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kisah seorang wanita bersama sembilan anaknya yang diselamatkan oleh beberapa individu dengan bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Pinang yang disyaki menjadi mangsa penderaan fizikal dan mental oleh suaminya.

Turut tular di laman Facebook adalah gambar-gambar kecederaan dipercayai akibat didera oleh suspek pada badan anak-anak pasangan itu.

Sumber: Kosmo!

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel