Connect with us

Kemalangan

Suri Rumah Maut Selepas Kereta Terbabas Langgar Lopak Air

Seorang suri rumah maut setelah kenderaan dinaiki terbabas dalam kemalangan di Kilometer 392.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Ajil menghala ke Bukit Besi pada Sabtu.

Memetik laporan Sinar Harian, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Norbibi Arisysa Ab Latif, 26, yang berada di tempat duduk hadapan sebelah pemandu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, nahas itu dipercayai berlaku setelah kereta jenis Honda Jazz dipandu suami mangsa, Nasir Mamat, 32, melanggar lopak air sebelum hilang kawalan lalu terbabas.

“Siasatan awal mendapati pasangan suami isteri itu bergerak dari rumah di Batu Rakit menuju ke rumah saudara mereka di Cheneh, Kemaman bersama dua anak saudara.

Advertisement

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan tersebut telah melanggar lopak air dan hilang kawalan sebelum terbabas melanggar besi penghadang jalan sebelah kanan jalan menghala ke Bukit Besi,” katanya kepada pemberita, pada Sabtu.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel