Connect with us

Terkini

Semakin terkenal, ‘wartawan cilik’ kini jadi wakil KKM pula keliling kampung buat pengumuman berkenaan vaksin dos penggalak

Seorang kanak-kanak lelaki Muhammad Haziq Mohd Asyraf telah menjadi bualan warganet selepas videonya tular berhubung ‘laporan’ penemuan seekor ular sawa secara ‘live’ di laman Facebook.

Namanya kini semakin terkenal terutamanya selepas ditemubual oleh Astro Awani, malah wartawan cilik ini diberi peluang untuk beraksi.

Terkini tular pula dimedia sosial satu video tentang adik Haziq yang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) di kawasan rumahnya.

Kali ini wartawan cilik ini diberi tugasan sebagai wakil pegawai kesihatan yang menyeru kepada penduduk kampung untuk menerima dan mendapatkan dos penggalak seperti yang diwar-warkan  kerajaan.

Advertisement

Menerusi perkongsian oleh pemilik akaun Tiktok bernama Damia_millatina, dia sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa adik Haziq semakin terkenal sehingga orang KKM pun ambil dia jadi wakil untuk membuat pengumuman tentang suntikan vaksin dos penggalak.

“My mom told me hes getting famous! Sampai KKM amik dia bawak p bagi announcement dekat kawasan kampung.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada adik ini dan berharap supaya dia menjadi seorang wartawan yang berjaya.

Malah menerusi ‘update’ terkini adik Haziq dikatakan sudah dapat tawaran untuk berlakon. Tahniah!.

@malaysianupdatenews Reply to @larimalam Wartawan tu bg assignment on the spot, selamba je adik tu caras job.😆 #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

Sumber: TikTok Damia Millatina

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel