Connect with us

Jenayah

Enggan rujuk kembali jadi punca isteri ditumbuk suami

JITRA: Akibat berang isterinya enggan kembali hidup bersama, seorang lelaki dikatakan sanggup bertindak mencederakan wanita itu dengan menumbuk belakang badan serta menarik rambut mangsa di Tasik Bandar Darulaman, di sini, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu mengundang padah apabila dia kini diburu polis selepas video pergaduhan pasangan suami isteri berkenaan tular di laman sosial Facebook (FB).

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila suspek berusia 33 tahun

berang selepas mangsa enggan kembali hidup bersamanya.

Advertisement

Beliau berkata, pasangan suami isteri itu kini dalam proses untuk berpisah dan tinggal berasingan sejak 8 November lalu.

“Ketika kejadian, wanita berusia 22 tahun itu pergi ke kawasan tasik untuk mengambil anak perempuannya berusia enam tahun yang dijaga sementara oleh suspek.

“Namun, suspek disyaki memukul mangsa menyebabkan dia menjerit meminta tolong sebelum orang awam datang membantu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rodzi berkata, suspek bagaimanapun berhenti memukul mangsa dan melarikan diri selepas orang ramai memberi amaran untuk membuat laporan polis.

“Susulan itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu melakukan pemeriksaan di sebuah rumah tidak bernombor di belakang pasar Changlun sekitar jam 1 pagi semalam untuk mengesan suspek.

Advertisement

“Polis masih mengesan suspek dan hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lalu berkaitan kes pukul sehingga mendatangkan kecederaan,” katanya.

Sumber: BH Online

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel