Connect with us

Jenayah

Tujuh ditahan bergaduh di Medan Selera Padang Kota Lama

GEORGE TOWN, 3 Feb (Bernama) – Polis menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan melibatkan dua kumpulan di Medan Selera Padang Kota Lama, di sini pada Selasa lepas yang videonya tular sejak semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt V. Saravanan berkata tujuh lelaki berumur 30 hingga 40 tahun yang juga ahli keluarga itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut semalam ekoran laporan polis dibuat seorang daripada mereka.

“Video berdurasi 44 saat berhubung kejadian pergaduhan tersebut telah tular dan berdasarkan siasatan, ia berlaku pada 11.40 malam Selasa (1 Feb) melibatkan beberapa lelaki tempatan dan susulan insiden tersebut, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki berumur 36 tahun.

“Menurut pengadu, semasa kejadian dia dan seorang lelaki yang juga sepupunya berada di kedai makan milik mereka di medan selera itu sebelum berlaku perselisihan faham antara dia dengan lima lelaki sehingga mencetuskan pergaduhan. Dua daripada lelaki tersebut merupakan adik pengadu manakala tiga lagi adalah sepupunya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Advertisement

Beliau berkata semasa pergaduhan itu, kedua-dua pihak menggunakan kerusi dan kayu sebagai senjata sehingga menyebabkan masing-masing mengalami kecederaan ringan iaitu luka serta calar pada beberapa bahagian badan.

Saravanan berkata hasil siasatan dijalankan mendapati punca pergaduhan itu kerana dua kumpulan tersebut berebut pelanggan di medan selera tersebut dan terdapat dendam lama antara kedua-dua belah pihak.

Katanya, kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas pihaknya merekodkan keterangan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh menggunakan senjata.

“Pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes itu sebelum menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau turut meminta mereka yang berada di medan selera itu semasa kejadian agar tampil ke IPD Timur Laut untuk membantu siasatan dan polis menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi serta menyebarkan rakaman video tersebut di mana-mana medium media sosial.

Advertisement
@malaysianupdatenews Insiden di medan selera Padang Kota Lama semalam. Naya orang nak makan abih cabut lari.😔 #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

Video yang tular itu memaparkan dua kumpulan individu bergaduh di Medan Selera Padang Kota Lama sehingga menyebabkan pelanggan yang sedang menikmati makanan bangun dari situ berikutan bimbang dengan keselamatan mereka.

— BERNAMA

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel