Connect with us

Jenayah

Warga asing curi RM15,000 milik pengusaha restoran dicekup

Tular rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah restoran, seorang suspek yang kelihatan mundar-mandir di hadapan kaunter wang.

Difahamkan dalam kejadian pada jam 11.15 pagi, suspek telah mengambil beg tangan yang diletakkan di sebalik kaunter lalu memasukkan ke dalam bajunya dan melarikan diri.

Menerusi laporan Harian Metro, suspek yang juga warga asing itu diberkas selepas beberapa jam melarikan wang milik pengusaha sebuah restoran di Jalan Tenggiri 17/23, Seksyen 17, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek ditangkap kira-kira 4 petang berdekatan tempat kejadian susulan laporan polis dibuat pengusaha restoran berkenaan.

Advertisement

“Pemilik restoran membuat laporan polis semalam dengan menganggarkan jumlah kerugian RM15,000 selepas beg tangan hilang.

“Suspek adalah lelaki warga Indonesia dikenal pasti sebagai pelanggan yang sering ke restoran berkenaan.

“Pasukan polis Balai Sri Muda mengesan dan menangkap suspek yang berumur 36 tahun dan bekerja sebagai buruh binaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Semasa tangkapan ke atas suspek, jumlah wang dijumpai semula sebanyak RM9,500 dan suspek mengaku sempat belanja wang itu,” katanya.

Beliau berkata, permohonan reman dibuat terhadap suspek untuk tindakan selanjutnya.

Advertisement

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Jika disabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh 10 tahun dan denda,” katanya.

@malaysianupdatenews Warga asing curi RM15,000 milik pengusaha restoran dicekup! #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #jenayah ♬ original sound – Malaysian Update

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel