Connect with us

Jenayah

Dua suspek bertopeng ‘anonymous vendetta hacker’ diburu polis terbabit kes pecah rumah

Tular sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan dua suspek bertubuh kurus, berbaju T hitam dan berseluar pendek bergerak secara bebas di kediaman bertingkat, di Millsgate, Eco Tropic, Taman Kota Masai di Pasir Gudang, pada pukul 3 pagi.

Kejadian itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen berikutan ia berlaku di kawasan perumahan berpagar.

Menurut laporan Harian Metro, polis sedang mengesan dua suspek pecah rumah bersenjatakan pisau serta menggunakan topeng ‘anonymous vendetta hacker’ di Millsgate, Eco Tropic, Taman Kota Masai di Pasir Gudang, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu seorang wanita berusia 38 tahun pada 3 Februari lalu.

Advertisement

Beliau berkata, mangsa turut memuatnaik kejadian yang membabitkan dua suspek itu di laman sosial Facebook (FB).

“Polis sedang memburu suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan Hafizudin Mohamad di talian 010-4008030 atau 07-3864222,” katanya.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel